Tuesday 2 July 2019

Perpustakaan Negeri Antara Lokasi Pilihan Perjumpaan Mingguan JM


Tahun ini, Perpustakaan Negeri Sabah menjadi pilihan salah satu lokasi untuk bermesyuarat ataupun lebih dikenali sebagai perjumpaan mingguan. Bukan sahaja lokasinya sesuai untuk berbincang dan merancang aktviti pasukan, dalam masa yang sama ahli JM juga dapat menambahkan pengetahuan dangan merujuk pelbagai jenis bahan yang terdapat di sana.

Friday 21 June 2019

JM di Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat SK Likas


21 Jun 2019, Jumaat - Sekolah Kebangsaan Likas telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Seperti tahun sebelumnya, ahli Jurnalis Muda (JM) samada yang lama dan baharu akan mengambil peluang ini untuk berkumpul semula disekolah ini sebagai sebuah keluarga untuk bersama-sama meraikan perayaan ini.

Monday 29 April 2019

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Jurnalis Muda 2019


29 April, Isnin - Pada hari ini, ahli Jawatankuasa Jurnalis Muda untuk Tahun 2019-2020 dengan rasminya dilantik untuk memikul tanggungjawab seperti yang telah diamanahkan. Disaksikan oleh semua guru dan murid sesi pagi di Dewan Bestari SK Likas. Majlis dimulakan dengan bacaan watikah, diikuti menandatangani menandatangani watikah perlantikan di hadapan Guru Besar dan diakhiri dengan bacaan Ikrar Jurnalis Muda di hadapan semua murid SK Likas.

Thursday 18 April 2019

Bertugas di Temasya Sukan dan Olahraga Tahap 1 SK Likas 2019


17 April, Rabu - Tugas diteruskan dengan membantu pihak sekolah di Temasya Sukan dan Olahraga untuk murid Tahap 1 yang diadakan di Padang Sekolah SK LIkas Kota Kinabalu.

Wednesday 17 April 2019

Bertugas di Temasya Sukan dan Olahraga SK Likas 2019


16 April, Selasa - JM bertugas di Temasya Sukan dan Olahraga SK Likas sebagai Photographer dan mengawal P.A System disamping membuat liputan berita dan temuramah berkaitan kejohanan yang sedang berlangsung. Kejohana kali ini berlangsung di Stadium Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.

Thursday 11 April 2019

Membantu di Sukaneka Prasekolah SK Likas 2019


Selain bertugas sebagai fotografi untuk tujuan dokumentasi program, ahli JM juga membantu pihak prasekolah untuk melancarkan lagi perjalanan program.

Sunday 7 April 2019

GOLD Kota Kinabalu Karate Open


7 April 2019 - JM Senior Nurafiqah Basir yang kini belajar di SMK Likas, Kota Kinabalu telah menjuarai kejohanan Karate Terbuka Kota Kinabalu yang telah diadakan di Dewan SMK Lok Yuk Likas. Tahniah diucapkan dan teruskan kejayaan anda!

Tuesday 5 March 2019

Kembali Berkhidmat di Sekolah Lama


JM yang telah bersekolah menengah telah kembali semula ke SK Likas untuk membantu pihak sekolah mengambil dan mencetak gambar ukuran passport untuk semua murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Perkhidmatan yang disediakan ini adalah untuk memudahkan murid supaya tidak perlu lagi menyediakan gambar untuk disertakan pada slip peperiksaan UPSR dan juga borang berhenti sekolah. 

Saturday 24 November 2018

Projek Keusahawanan - Photo Booth Hari Anugerah Cemerlang SK Likas 2018

 Go to album

Sempena Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Pelajar Cemerlang 2018, Pasukan Jurnalis Muda SK Likas telah mengadakan Projek Keusahawanan Photo Booth Hari Anugerah untuk memeriahkan lagi sepanjang bulan sambutan tersebut. Projek keusahawanan ini telah diadakan bermula 10 sehingga 21 November. Antara projek yang dijalankan ialah Studio Graduasi, penjualan gambar-gambar penerimaan anugerah, gambar ukuran passport dan cendera kenangan sempena hari penganugerahan tersebut.


Friday 23 November 2018

Annual Dinner 2018 - SK Likas Tetap Menyengat! Rock Steady!


Sebagai aktiviti akhir tahun pasukan, ahli Jurnalis Muda telah menghadirkan diri ke Majlis Makan Malam Tahunan SK Likas untuk tahun 2018 yang telah diadakan di Promenade Hotel Kota Kinabalu. Bertemakan Rock Steady! ahli JM tidak ketinggalan memperagakan busana yang sesuai dengan tema malam itu. Selain dariapada meraikan kejayaan dan usaha guru dan kakitangan SK Likas, ahli JM juga dijemput kemajlis ini untuk menghargai sumbangan mereka kepada sekolah selama mana mereka telah berkhidmat kepada sekolah ini.

Saturday 27 October 2018

Bertugas di Majlis Penyampaian SIjil Prasekolah SK Likas 2018


27 Oktober 2018, Sabtu -  Seramai 5 orang Ahli JM telah diminta bertugas di Majlis Penyampaian Sijil Prasekolah SK Likas. Antara tugas yang dilakukan ialah mengambil gambar penerima sijil dan anugerah, menyedia dan mengawal alatan siar raya sepanjang majlis dan membantu guru mengurus perjalanan murid-murid yang menerima anugerah dan sijil.

Saturday 20 October 2018

Berkhidmat di World Scout Jamboree On The Air (JOTA) & Jamboree On The Internet (JOTI) Stesen Pengakap Daerah Inanam 2018


19 hingga 20 Oktober 2018, Pasukan Jurnalis Muda telah memberikan khidmat bantuan menyediakan kelengkapan dan kemahiran ICT untuk aktiviti Jambori di Internet (JOTI) sempena Jambori Pengakap Dunia di Udara (JOTA) dan di Internet (JOTI) yang diadakan di SM ST. Peter Telipok, yang merupakan antara stesen yang beroperasi serentak diseluruh dunia bermula 19 hingga 20 Oktober 2018. Aktiviti tahunan ini disambut oleh Pengakap Seluruh Dunia pada minggu kedua dalam bulan Oktober setiap tahun. Selain berkhidmat dan mengaplikasikan kemahiran dengan membimbing peserta perkhemahan dalam penggunaan alat ICT, ahli Pasukan Jurnalis Muda yang terlibat juga dapat meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi dengan rakan-rakan dipelbagai peringkat umur.

Tuesday 16 October 2018

Aktiviti JM Pasca UPSR - Kelas Membuat Donut




Hari ini aktiviti mengisi masa lapang ahli JM selepas UPSR ni ada kelainan sedikit, dimana Sir Huzaimi mengajar kami cara membuat dan memasak donut. Hasilnya memang sedap sekali!

Saturday 22 September 2018

Kunjungan daripada Super Senior JM (Bekas Ahli JM SK Likas)


Kunjungan daripada bekas ahli Jurnalis Muda (Super Senior JM) yang sudah bersekolah menengah menemui rakan-rakan JM yang lebih junior di Access Lounge SK Likas. Antara yang hadir (dari kanan) JM Anisa, JM Dk Nurainina, JM Nicholey dan JM Siti Noraisa.

Saturday 15 September 2018

Membuat Liputan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat SK Likas 2018

 Go to album

14 September 2018, Jumaat -  Pasukan Jurnalis Muda SKL telah membuat liputan dan temuramah bergambar dan video untuk dimuatkan kedalam lamanweb sekolah, sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2018 peringkat SK Likas Kota Kinabalu. Antara yang sempat ditemuramah ialah Guru Besar SK Likas, YDP PIBG SK Likas, beberapa orang wakil guru dan murid SK Likas.