Friday, 23 November 2018

Projek Keusahawanan - Photo Booth Hari Anugerah Cemerlang SK Likas






Sempena Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Pelajar Cemerlang 2018, Pasukan Jurnalis Muda SK Likas telah mengadakan Projek Keusahawanan Photo Booth Hari Anugerah untuk memeriahkan lagi sepanjang bulan sambutan tersebut. Projek keusahawanan ini telah diadakan bermula 10 sehingga 21 November. Antara projek yang dijalankan ialah Studio Graduasi, penjualan gambar-gambar penerimaan anugerah, gambar ukuran passport dan cendera kenangan sempena hari penganugerahan tersebut.


Saturday, 27 October 2018

Bertugas di Majlis Penyampaian SIjil Prasekolah SK Likas 2018





27 Oktober 2018, Sabtu -  Seramai 5 orang Ahli JM telah diminta bertugas di Majlis Penyampaian Sijil Prasekolah SK Likas. Antara tugas yang dilakukan ialah mengambil gambar penerima sijil dan anugerah, menyedia dan mengawal alatan siar raya sepanjang majlis dan membantu guru mengurus perjalanan murid-murid yang menerima anugerah dan sijil.

Friday, 21 September 2018

Kunjungan daripada Super Senior JM (Bekas Ahli JM SK Likas)


Kunjungan daripada bekas ahli Jurnalis Muda (Super Senior JM) yang sudah bersekolah menengah menemui rakan-rakan JM yang lebih junior di Access Lounge SK Likas. Antara yang hadir (dari kanan) JM Anisa, JM Dk Nurainina, JM Nicholey dan JM Siti Noraisa.

Friday, 14 September 2018

Membuat Liputan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat SK Likas





14 September 2018, Jumaat -  Pasukan Jurnalis Muda SKL telah membuat liputan dan temuramah bergambar dan video untuk dimuatkan kedalam lamanweb sekolah, sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2018 peringkat SK Likas Kota Kinabalu. Antara yang sempat ditemuramah ialah Guru Besar SK Likas, YDP PIBG SK Likas, beberapa orang wakil guru dan murid SK Likas.

Monday, 27 August 2018

Penyampaian Sijil Penghargaan daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah kepada ahli Pasukan Jurnalis Muda SK Likas







27 Ogos 2018, Isnin - Guru Besar menyampaikan Sijil Penghargaan daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah kepada 5 orang ahli Jurnalis Muda SK Likas yang telah berkhidmat sebagai petugas Unit Media dan Publisiti di Perkhemahan Pengakap Dibawah Bayu Peringkat Bahagian, yang diadakan pada 16 hingga 20 Ogos yang lalu bertempat di Pantai ODEC Universiti Malaysia Sabah (UMS). Antara ahli JM yang terlibat ialah JM Erdianah, JM Siti Nor Ain, JM Ayu Afiqah, JM Afiqah dan JM Azra Khairani serta 2 orang bakal JM iaitu adik Zeta Zaveyra dan Izzi Zayana.

Monday, 20 August 2018

Jurnalis Muda menyertai Jawatankuasa Unit Media dan Publisiti Perkhemahan Pengakap Dibawah Bayu Peringkat Bahagian 2018







Pada 16 hingga 20 Ogos 2018, Pasukan Jurnalis Muda SK Likas telah dijemput untuk menyertai Jawatankuasa Perkhemahan Pengakap Dibawah Bayu Peringkat Bahagian yang diadakan di pantai ODEC Universiti Malaysia Sabah (UMS). Antara tugas JM ketika itu ialah mengambil gambar dan video aktiviti sepanjang perkhemahan, meyebarkan maklumat kepada peserta perkhemahan, menyedia dan mengawal sistem siaraya serta audio dikawasan perkhemahan dan disemua program sepanjang perkhemahan 5 hari ini.

Thursday, 12 July 2018

Kelas Tambahan UPSR BI khusus untuk ahli Jurnalis Muda Tahun 6

Guru Besar berkunjung ke Pusat Akses





Manfaatkan masa yang terluang, sambil bertugas di Pusat Akses sekolah, Ahli Jurnalis Muda tahun 6 yang bakal menduduki UPSR tahun ini telah disediakan kelas tambahan untuk matapelajaran Bahasa Inggeris setiap hari Selasa dan Khamis petang bermula 3 Julai yang lalu. Dibimbing oleh Cikgu Huzaimi dan Cikgu Norliza.