Sunday 20 October 2013

Latihan Jurnalis Muda Sempena Program 56th World JOTA / 17th World JOTI 2013 Stesen Persekutuan Pengakap Bahagian PBS Tahun 2013

18 hingga 20 Oktober 2013 - SK Likas telah menjadi tuan rumah Program 56th World Jamboree on The Air (JOTA)  / 17th World Jamboree on The Internet (JOTI) 2013 untuk Stesen Persekutuan Pengakap Bahagian Pantai Barat Selatan Sabah bagi tahun 2013. Seramai 210 orang peserta  (ahli Pengakap) daripada sekolah-sekolah Bahagian Pantai Barat Selatan hadir dan menyertai program selama 3 hari 2 malam ini.

Sehubungan dengan itu, Pasukan Jurnalis Muda SK Likas telah mengambil peluang ini melibatkan diri didalam program tersebut sebagai pendedahan dan latihan kepada ahlinya dalam bidang pendokumentasian, penggunaan teknologi maklumat serta komunikasi.

Thursday 3 October 2013

Walk Gallery Sempena Seminar Inovasi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tahun 2013 dan Pemeran Virtual Learning Environment (VLE) 1Bestarinet.

1 hingga 3 Oktober, 2013 - Pasukan Jurnalis Muda SK Likas telah turut serta dalam menyediakan pameran berkaitan Virtual Learning Environment (VLE) Frog 1Bestarinet sempena Seminar Inovasi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang diadakan di Sabah Trade Centre Kota Kinabalu. Pameran 3 hari adalah bertujuan untuk mendedahkan pengunjung kepada asas penggunaa VLE yang baru sahaja diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Jurnalis Muda yang turut serta telah memberikan demonstrasi penggunaan aplikasi serta memberi penerangan ringkas berkaitan penggunaan aplikasi ini dalam pembelajaran kepada pengunjung yang tiba.