Monday 13 February 2012

13 FEBRUARI 2012, Tarikh rasmi pasukan pertama Jurnalis Muda menerima watikah perlantikan.

 13 Februari 2012, Isnin - Secara rasminya semua ahli Jurnalis Muda SK Likas untuk pasukan pertama ditubuhkan di sekolah ini telah menerima sijil watikah perlantikan sebagai Ahli Jurnalis Muda yang sah untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang bakal diberikan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn. Marianah Bt Mohd Yusuf, Guru Besar SK Likas di perhimpunan mingguan sekolah sempena Majlis penyampaian watikah perlantikan pemimpin-pemimpin cilik (pengawas) sekolah. Pasukan pertama ini terdiri daripada 7 orang murid yang telah dipilih dan telah mengkuti beberapa siri latihan dan pemilihan sebelum ini.




Dari Kiri:
1. Dayangku Nurainina binti Mustapha - 5 Amanah
2. Shahadah binti M. Maaruf - 5 Arif
3. Siti Wan Norasyirah binti Abdul Ghani - 5 Arif
4. Yan bin Zulkipli - 6 Aktif
5. Siti Mashitah Yong binti Nasir Yong - 6 Arif
6. Niccoley Tasha Majakil - 5 Amanah
7. Siti Noraisa binti Elias - 5 Amanah