25 April 2025 - 4 kru Jurnalis Muda SKL telah menimba pengalaman dengan menyertai pertandingan Treasure Hunt bersempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa yang diadakan di Fakulti Perhutan Tropika Universiti Malaysia Sabah (UMS). Peserta telah didedahkan dengan pengetahuan asas jungle survival dan juga penelitian berkaitan alam flora dan fauna.
Showing posts with label Wakil Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Wakil Sekolah. Show all posts
Friday, 25 April 2025
Wednesday, 20 November 2019
2019 (19 November) - JM Duta Kecil Sekolah ke Madrasah Darul Hikmah Kg. Likas.
19 November 2019, - 3 orang ahli Jurnalis Muda adalah antara murid yang telah dibawa mewakili murid SK Likas didalam program kunjungan persahabatan ke Madrasah Darul Hikmah Kg. Likas, Kota Kinabalu. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi perhubungan antara sekolah-sekolah sekitar SK Likas agar dapat menjalinkan persafahaman serta perkongsian pintar antara kedua-dua buah sekolah.
Sunday, 29 September 2019
Junior Innovate Competition State Level 2019
28 September 2019, Sabtu - Jurnalis Muda SK Likas telah menghantar dua kumpulan ke pertandingan Inovasi peringkat negeri "Junior Innovate 2019" anjuran Chumbaka dan Hup Seng Group dangan usahasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertandingan ini telah diadakan di SJKC Anglo Chinese Kota KInabalu.
Sunday, 7 April 2019
GOLD Kota Kinabalu Karate Open
7 April 2019 - JM Senior Nurafiqah Basir yang kini belajar di SMK Likas, Kota Kinabalu telah menjuarai kejohanan Karate Terbuka Kota Kinabalu yang telah diadakan di Dewan SMK Lok Yuk Likas. Tahniah diucapkan dan teruskan kejayaan anda!
Thursday, 27 August 2015
Tempat Ketiga Pertandingan Video Iklan Pendek Peringkat Daerah Kota Kinabalu
27 Ogos 2015, Khamis - Pasukan Jurnalis Muda SK Likas telah diumumkan sebagai pemenang tempat Ketiga kategori Pertandingan Video Iklan Pendek Sekolah Rendah di Majlis Penutupan Karnival Bestari Daerah Kota Kinabalu untuk Tahun 2015. Majlis ini telah diadakan di Auditorium Kompleks Pentadbiran Persekutuan Negeri Sabah.
Thursday, 3 October 2013
Walk Gallery Sempena Seminar Inovasi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tahun 2013 dan Pemeran Virtual Learning Environment (VLE) 1Bestarinet.
1 hingga 3 Oktober, 2013 - Pasukan Jurnalis Muda SK Likas telah turut serta dalam menyediakan pameran berkaitan Virtual Learning Environment (VLE) Frog 1Bestarinet sempena Seminar Inovasi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang diadakan di Sabah Trade Centre Kota Kinabalu. Pameran 3 hari adalah bertujuan untuk mendedahkan pengunjung kepada asas penggunaa VLE yang baru sahaja diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Jurnalis Muda yang turut serta telah memberikan demonstrasi penggunaan aplikasi serta memberi penerangan ringkas berkaitan penggunaan aplikasi ini dalam pembelajaran kepada pengunjung yang tiba.
Thursday, 3 May 2012
Bengkel Penerbitan Filem Pendek Sesi 2
2 hingga 3 Mei, 2012 - Pihak PKG Kota Kinabalu dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah (BTPN Sabah) telah mengadakan bengkel tersebut bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para pendidik dan pelajar sekolah Daerah Kota Kinabalu.
Sehubungan dengan itu, sekolah telah menghantar 3 orang ahli Jurnalis Muda sekolah untuk menyertai bengkel tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)