Friday 22 November 2019

Turut Sama Hadir Majlis Makan Malam Akhir Tahun SK Likas

Untuk menghargai jasa kru Jurnalis Muda tahun 6 yang bakal meninggalkan sekolah, mereka telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan Majlis Makan Malam Akhir Tahun Staff SK Likas yang diadakan di Hotel Ming Garden Kota Kinabalu pada 21 November 2019. Namun tidak semua ahli JM tahun 6 yang dapat hadir ke majlis tersebut atas sebab kekangan masa dan urusan masing-masing. Walaubagaimanapun, tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli JM, terutamanya JM tahun 6 yang telah memberikan pelbagai perkhidmatan dan sumbangan terbaik kepada sekolah. Semoga kecemerlangan ahli JM akan diteruskan dimasa akan datang, dan jangan lupa kembali untuk membantu sekolah. Kerana pengalaman dan kemahiran yang telah dipelajari selama menjadi ahli JM masih diperlukan pada bila-bila masa dan dimana jua berada.

Projek Keusahawanan - Photobooth Khas Majlis Penyerahan Sijil Pelajar Cemerlang Untuk Tahun 2019

22 Oktober hingga 11 November yang lalu, Kru Jurnalis Muda telah berjaya mengadakan Photobooth khas sempena Majlis Penyampaian Sijil Pelajar SK Likas untuk tahun 2019. Tujuan booth ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid serta ibu bapa SK Likas mengabdikan kenang-kenangan terutamanya kepada murid Tahun 6 yang bakal naik ke sekolah menengah. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh kru JM ialah gambar studio graduasi, gambar menerima sijil, gambar berukuran passport dan juga perkhidmatan salinan dokumen. Projek keusahawanan yang berjalan hampir sebulan telah memberikan pelbagai pengalaman pengurusan dan perniagaan kepada ahli JM. JM Super Senior (bekas JM sekolah) juga turut hadir membantu meyumbangkan kemahiran dan bersama-sama menjayakan projek keusahawanan ini yang diadakan setiap tahun.

Wednesday 20 November 2019

2019 (19 November) - JM Duta Kecil Sekolah ke Madrasah Darul Hikmah Kg. Likas.

19 November 2019, - 3 orang ahli Jurnalis Muda adalah antara murid yang telah dibawa mewakili murid SK Likas didalam program kunjungan persahabatan ke Madrasah Darul Hikmah Kg. Likas, Kota Kinabalu. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi perhubungan antara sekolah-sekolah sekitar SK Likas agar dapat menjalinkan persafahaman serta perkongsian pintar antara kedua-dua buah sekolah.

Tuesday 12 November 2019

Perjumpaan Isnin - Mencuba Kemahiran Memanah di ODEC Universiti Malaysia Sabah

Seperti biasa, hari Isnin merupakan hari yang diperuntukan untuk aktiviti perjumpaan dan juga latihan untuk melatih ahli-ahlinya dengan pelbagai kemahiran. Kali ini JM berpeluang untuk mencuba kemahiran baharu iaitu aktiviti memanah. Aktiviti memanah ini telah diadakan di Pusat Kegiatan Luar (ODEC) Universiti Malaysia Sabah. Panduan dan kelengkapan memanah ini telah disediakan oleh Persatuan Memanah Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Tuesday 5 November 2019

Mempelajari Sejarah dan Pendokumentasian Bahan Sejarah Muzium Negeri Sabah

Muzium merupakan sebuah institusi yang banyak melakukan kerja-kerja pendokumentasian terutamanya pendokumentasian bahan dan artifak bersejarah supaya dapat dikongsi dan disampaikan kepada generasi seterusnya. Kali ini JM berkunjung ke Muzium Negeri Sabah bukan hanya bertujuan untuk membuat lawatan, tetapi juga untuk memerhati dan mempelajari sendiri bagaimana pendokumentasian dilakukan di muzium. Disamping itu, JM juga dapat mempelajari dan menghargai sejarah dan budaya di negeri ini sesuai untuk mengembangkan pengetahuan ahlinya dalam bidang penulisan.