Monday 21 October 2019

Berkhidmat di Perkhemahan JOTA JOTI Pengakap Negeri Sabah

Pada 18 hingg 20 Oktober 2019 yang lalu, kru Jurnalis Muda SK Likas telah dijemput untuk sama-sama bertugas di Perkhemahan Pengakap di Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sabah sempena Jamboree on The Air (JOTA) dan Jamboree on The Internet (JOTI) yang disambut serentak oleh semua ahli pengakap seluruh dunia. Dalam perkhemahan ini, kru JM telah diberikan tugasan dibahagian pendokumentasian disamping menyumbangkan kemahiran dalam penyediaan alatan ICT dan juga kawalan PA System sepanjang program berjalan.


Sunday 20 October 2019

Berkhidmat di Majlis Penyampaian SIjil Prasekolah SK Likas

19 Oktober 2019, Sabtu - Jurnalis Muda telah berkhidmat dalam majlis Penyampaian Sijil Prasekolah SK Likas 2019. Dalam majlis ini, JM diminta untuk mengambil gambar majlis dan juga penerima sijil dan anugerah kecemerlangan. JM Super Senior juga turut hadir membantu didalam majlis ini. 

JM Berhubung Dengan Negara Luar Menggunakan Radio Berfrekuensi Tinggi.

19 Oktober 2019, Sabtu - Beberapa orang ahli Jurnalis Muda telah mempelajari cara berhubung dengan orang dari luar negara menggunakan radio. Sempena berlangsungnya Program Jamboree on The Air (JOTI) Pengakap Sedunia, Borneo Amateur Radio Club (BARC) Malaysia telah memberikan peluang dan pengalaman yang amat berharga kepada ahli pengakap sekitar Kota Kinabalu untuk belajar berhubug dengan negara luar menggunakan peralatan Radio Amateur. Kesempatan juga tidak dilepaskan oleh ahli Jurnalis Muda yang kebetulan dijemput bertugas di program yang sama bertempat di Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sabah. Taklimat dan tunjuk ajar etika berkomunikasi menggunakan radio telah disampaikan oleh Encik Timothy Kurin 9M6TK Setiausaha BARC.

Wednesday 16 October 2019

Sesi pengambaran rancangan khas Radio Television Malaysia (RTM)

15 Oktober 2019, - Wartawan daripada Radio Televisyen Malaysia telah hadir ke SK Likas untuk membuat liputan khas program menderma darah. Kesematan ini telah dimanfaatkan oleh kru Jurnalis Muda untuk mempelajari dan mengalami sendiri sesi pengambaran sebenar untuk tujuan siaran di televisyen. 

Saturday 12 October 2019

Bertugas di Program "School Run" SK Likas 2019

11 Oktober 2019, Jumaat - SK Likas telah mengadakan program larian "School Run" bersempena Bulan Sukan Negara yang bertempat di Taman Awam Teluk Likas. Program ini dijalankan bersempena sambutan Bulan Sukan Negara untuk tahun 2019. Seperti biasa, JM akan turut membantu pihak sekolah melancarkan perjalanan program ini disamping mendapatkan bahan untuk tujuan dokumentasi sekolah.

Friday 4 October 2019

Projek Keusahawanan - Pakej Gambar Studio Graduasi Prasekolah 2019


3 Oktober 2019, Khamis - Kru Jurnalis Muda telah menerima tempahan daripada Prasekolah SK Likas untuk mengambil gambar kenang-kenangan murid-murid prasekolah tahun akhir yang akan meningkat naik ke tahun satu pada tahun hadapan.