Saturday 24 November 2018

Projek Keusahawanan - Photo Booth Hari Anugerah Cemerlang SK Likas 2018

 Go to album

Sempena Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Pelajar Cemerlang 2018, Pasukan Jurnalis Muda SK Likas telah mengadakan Projek Keusahawanan Photo Booth Hari Anugerah untuk memeriahkan lagi sepanjang bulan sambutan tersebut. Projek keusahawanan ini telah diadakan bermula 10 sehingga 21 November. Antara projek yang dijalankan ialah Studio Graduasi, penjualan gambar-gambar penerimaan anugerah, gambar ukuran passport dan cendera kenangan sempena hari penganugerahan tersebut.


Friday 23 November 2018

Annual Dinner 2018 - SK Likas Tetap Menyengat! Rock Steady!


Sebagai aktiviti akhir tahun pasukan, ahli Jurnalis Muda telah menghadirkan diri ke Majlis Makan Malam Tahunan SK Likas untuk tahun 2018 yang telah diadakan di Promenade Hotel Kota Kinabalu. Bertemakan Rock Steady! ahli JM tidak ketinggalan memperagakan busana yang sesuai dengan tema malam itu. Selain dariapada meraikan kejayaan dan usaha guru dan kakitangan SK Likas, ahli JM juga dijemput kemajlis ini untuk menghargai sumbangan mereka kepada sekolah selama mana mereka telah berkhidmat kepada sekolah ini.

Saturday 27 October 2018

Bertugas di Majlis Penyampaian SIjil Prasekolah SK Likas 2018


27 Oktober 2018, Sabtu -  Seramai 5 orang Ahli JM telah diminta bertugas di Majlis Penyampaian Sijil Prasekolah SK Likas. Antara tugas yang dilakukan ialah mengambil gambar penerima sijil dan anugerah, menyedia dan mengawal alatan siar raya sepanjang majlis dan membantu guru mengurus perjalanan murid-murid yang menerima anugerah dan sijil.

Saturday 20 October 2018

Berkhidmat di World Scout Jamboree On The Air (JOTA) & Jamboree On The Internet (JOTI) Stesen Pengakap Daerah Inanam 2018


19 hingga 20 Oktober 2018, Pasukan Jurnalis Muda telah memberikan khidmat bantuan menyediakan kelengkapan dan kemahiran ICT untuk aktiviti Jambori di Internet (JOTI) sempena Jambori Pengakap Dunia di Udara (JOTA) dan di Internet (JOTI) yang diadakan di SM ST. Peter Telipok, yang merupakan antara stesen yang beroperasi serentak diseluruh dunia bermula 19 hingga 20 Oktober 2018. Aktiviti tahunan ini disambut oleh Pengakap Seluruh Dunia pada minggu kedua dalam bulan Oktober setiap tahun. Selain berkhidmat dan mengaplikasikan kemahiran dengan membimbing peserta perkhemahan dalam penggunaan alat ICT, ahli Pasukan Jurnalis Muda yang terlibat juga dapat meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi dengan rakan-rakan dipelbagai peringkat umur.

Tuesday 16 October 2018

Aktiviti JM Pasca UPSR - Kelas Membuat Donut




Hari ini aktiviti mengisi masa lapang ahli JM selepas UPSR ni ada kelainan sedikit, dimana Sir Huzaimi mengajar kami cara membuat dan memasak donut. Hasilnya memang sedap sekali!

Saturday 22 September 2018

Kunjungan daripada Super Senior JM (Bekas Ahli JM SK Likas)


Kunjungan daripada bekas ahli Jurnalis Muda (Super Senior JM) yang sudah bersekolah menengah menemui rakan-rakan JM yang lebih junior di Access Lounge SK Likas. Antara yang hadir (dari kanan) JM Anisa, JM Dk Nurainina, JM Nicholey dan JM Siti Noraisa.

Saturday 15 September 2018

Membuat Liputan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat SK Likas 2018

 Go to album

14 September 2018, Jumaat -  Pasukan Jurnalis Muda SKL telah membuat liputan dan temuramah bergambar dan video untuk dimuatkan kedalam lamanweb sekolah, sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2018 peringkat SK Likas Kota Kinabalu. Antara yang sempat ditemuramah ialah Guru Besar SK Likas, YDP PIBG SK Likas, beberapa orang wakil guru dan murid SK Likas.

Tuesday 28 August 2018

Penyampaian Sijil Penghargaan daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah kepada ahli Pasukan Jurnalis Muda SK Likas


27 Ogos 2018, Isnin - Guru Besar menyampaikan Sijil Penghargaan daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah kepada 5 orang ahli Jurnalis Muda SK Likas yang telah berkhidmat sebagai petugas Unit Media dan Publisiti di Perkhemahan Pengakap Dibawah Bayu Peringkat Bahagian, yang diadakan pada 16 hingga 20 Ogos yang lalu bertempat di Pantai ODEC Universiti Malaysia Sabah (UMS). Antara ahli JM yang terlibat ialah JM Erdianah, JM Siti Nor Ain, JM Ayu Afiqah, JM Afiqah dan JM Azra Khairani serta 2 orang bakal JM iaitu adik Zeta Zaveyra dan Izzi Zayana.

Tuesday 21 August 2018

Jurnalis Muda menyertai Jawatankuasa Unit Media dan Publisiti Perkhemahan Pengakap Dibawah Bayu Peringkat Bahagian 2018

 Go to Album

Pada 16 hingga 20 Ogos 2018, Pasukan Jurnalis Muda SK Likas telah dijemput untuk menyertai Jawatankuasa Perkhemahan Pengakap Dibawah Bayu Peringkat Bahagian yang diadakan di pantai ODEC Universiti Malaysia Sabah (UMS). Antara tugas JM ketika itu ialah mengambil gambar dan video aktiviti sepanjang perkhemahan, meyebarkan maklumat kepada peserta perkhemahan, menyedia dan mengawal sistem siaraya serta audio dikawasan perkhemahan dan disemua program sepanjang perkhemahan 5 hari ini.

Friday 13 July 2018

Kelas Tambahan UPSR BI khusus untuk ahli Jurnalis Muda Tahun 6

Guru Besar berkunjung ke Pusat Akses





Manfaatkan masa yang terluang, sambil bertugas di Pusat Akses sekolah, Ahli Jurnalis Muda tahun 6 yang bakal menduduki UPSR tahun ini telah disediakan kelas tambahan untuk matapelajaran Bahasa Inggeris setiap hari Selasa dan Khamis petang bermula 3 Julai yang lalu. Dibimbing oleh Cikgu Huzaimi dan Cikgu Norliza.

Friday 6 July 2018

Gelagat JM di Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah





5 Julai 2018, SK Likas telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Selain daripada bertugas dihari tersebut, ahli JM tidak ketinggalan juga memperagakan busana indah Hari Raya dan merayakan bersama semua warga SK Likas. Dapat duit raya lagi tu!

Friday 29 June 2018

Projek Keusahawanan - Kad Sifir




Membuat dan menjual Kad Sifir sebanyak 600 keping dibawah Program Celik Sifir Panitia Matematik.

Thursday 7 June 2018

Bertugas di Majlis Iftar & penyerahan bantuan anak yatim SK Likas


6 Jun 2018, Majlis Iftar dan Penyerahan bantuan anak yatim telah disempurnakan oleh YB Azhar Datuk Matussin.

Monday 14 May 2018

Majlis Menandatangani Watikah Perlantikan Jurnalis Muda 2018/2019





14 Mei 2018, setelah selesai menjalani tapisan dan ujian, pada hari ini ahli Jurnalis Muda untuk sesi 2018 dan 2019 telah pun melafazkan aku janji dan menandatangani Watikah Perlantikan disaksikan oleh semua guru dan rakan-rakan di perhimpunan rasmi sekolah.


Monday 12 February 2018

2018 (9-11 Februari) - Berkhidmat di Kem Keris Emas Pengakap Daerah Inanam

9 hingga 11 Februari 2018 - Empat orang ahli Jurnalis Muda telah dihantar untuk berkhidmat membantu didalam Perkhemahan Ujian Keris Emas Pengakap Daerah Inanam. Kem ini telah diadakan di SK Pengiran Siti Hafsah, Karambunai. JM membantu bahagian P.A System dan pendokumentasian.