Friday 22 November 2019

Turut Sama Hadir Majlis Makan Malam Akhir Tahun SK Likas

Untuk menghargai jasa kru Jurnalis Muda tahun 6 yang bakal meninggalkan sekolah, mereka telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan Majlis Makan Malam Akhir Tahun Staff SK Likas yang diadakan di Hotel Ming Garden Kota Kinabalu pada 21 November 2019. Namun tidak semua ahli JM tahun 6 yang dapat hadir ke majlis tersebut atas sebab kekangan masa dan urusan masing-masing. Walaubagaimanapun, tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli JM, terutamanya JM tahun 6 yang telah memberikan pelbagai perkhidmatan dan sumbangan terbaik kepada sekolah. Semoga kecemerlangan ahli JM akan diteruskan dimasa akan datang, dan jangan lupa kembali untuk membantu sekolah. Kerana pengalaman dan kemahiran yang telah dipelajari selama menjadi ahli JM masih diperlukan pada bila-bila masa dan dimana jua berada.

Projek Keusahawanan - Photobooth Khas Majlis Penyerahan Sijil Pelajar Cemerlang Untuk Tahun 2019

22 Oktober hingga 11 November yang lalu, Kru Jurnalis Muda telah berjaya mengadakan Photobooth khas sempena Majlis Penyampaian Sijil Pelajar SK Likas untuk tahun 2019. Tujuan booth ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid serta ibu bapa SK Likas mengabdikan kenang-kenangan terutamanya kepada murid Tahun 6 yang bakal naik ke sekolah menengah. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh kru JM ialah gambar studio graduasi, gambar menerima sijil, gambar berukuran passport dan juga perkhidmatan salinan dokumen. Projek keusahawanan yang berjalan hampir sebulan telah memberikan pelbagai pengalaman pengurusan dan perniagaan kepada ahli JM. JM Super Senior (bekas JM sekolah) juga turut hadir membantu meyumbangkan kemahiran dan bersama-sama menjayakan projek keusahawanan ini yang diadakan setiap tahun.

Wednesday 20 November 2019

2019 (19 November) - JM Duta Kecil Sekolah ke Madrasah Darul Hikmah Kg. Likas.

19 November 2019, - 3 orang ahli Jurnalis Muda adalah antara murid yang telah dibawa mewakili murid SK Likas didalam program kunjungan persahabatan ke Madrasah Darul Hikmah Kg. Likas, Kota Kinabalu. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi perhubungan antara sekolah-sekolah sekitar SK Likas agar dapat menjalinkan persafahaman serta perkongsian pintar antara kedua-dua buah sekolah.

Tuesday 12 November 2019

Perjumpaan Isnin - Mencuba Kemahiran Memanah di ODEC Universiti Malaysia Sabah

Seperti biasa, hari Isnin merupakan hari yang diperuntukan untuk aktiviti perjumpaan dan juga latihan untuk melatih ahli-ahlinya dengan pelbagai kemahiran. Kali ini JM berpeluang untuk mencuba kemahiran baharu iaitu aktiviti memanah. Aktiviti memanah ini telah diadakan di Pusat Kegiatan Luar (ODEC) Universiti Malaysia Sabah. Panduan dan kelengkapan memanah ini telah disediakan oleh Persatuan Memanah Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Tuesday 5 November 2019

Mempelajari Sejarah dan Pendokumentasian Bahan Sejarah Muzium Negeri Sabah

Muzium merupakan sebuah institusi yang banyak melakukan kerja-kerja pendokumentasian terutamanya pendokumentasian bahan dan artifak bersejarah supaya dapat dikongsi dan disampaikan kepada generasi seterusnya. Kali ini JM berkunjung ke Muzium Negeri Sabah bukan hanya bertujuan untuk membuat lawatan, tetapi juga untuk memerhati dan mempelajari sendiri bagaimana pendokumentasian dilakukan di muzium. Disamping itu, JM juga dapat mempelajari dan menghargai sejarah dan budaya di negeri ini sesuai untuk mengembangkan pengetahuan ahlinya dalam bidang penulisan.

Monday 21 October 2019

Berkhidmat di Perkhemahan JOTA JOTI Pengakap Negeri Sabah

Pada 18 hingg 20 Oktober 2019 yang lalu, kru Jurnalis Muda SK Likas telah dijemput untuk sama-sama bertugas di Perkhemahan Pengakap di Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sabah sempena Jamboree on The Air (JOTA) dan Jamboree on The Internet (JOTI) yang disambut serentak oleh semua ahli pengakap seluruh dunia. Dalam perkhemahan ini, kru JM telah diberikan tugasan dibahagian pendokumentasian disamping menyumbangkan kemahiran dalam penyediaan alatan ICT dan juga kawalan PA System sepanjang program berjalan.


Sunday 20 October 2019

Berkhidmat di Majlis Penyampaian SIjil Prasekolah SK Likas

19 Oktober 2019, Sabtu - Jurnalis Muda telah berkhidmat dalam majlis Penyampaian Sijil Prasekolah SK Likas 2019. Dalam majlis ini, JM diminta untuk mengambil gambar majlis dan juga penerima sijil dan anugerah kecemerlangan. JM Super Senior juga turut hadir membantu didalam majlis ini. 

JM Berhubung Dengan Negara Luar Menggunakan Radio Berfrekuensi Tinggi.

19 Oktober 2019, Sabtu - Beberapa orang ahli Jurnalis Muda telah mempelajari cara berhubung dengan orang dari luar negara menggunakan radio. Sempena berlangsungnya Program Jamboree on The Air (JOTI) Pengakap Sedunia, Borneo Amateur Radio Club (BARC) Malaysia telah memberikan peluang dan pengalaman yang amat berharga kepada ahli pengakap sekitar Kota Kinabalu untuk belajar berhubug dengan negara luar menggunakan peralatan Radio Amateur. Kesempatan juga tidak dilepaskan oleh ahli Jurnalis Muda yang kebetulan dijemput bertugas di program yang sama bertempat di Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sabah. Taklimat dan tunjuk ajar etika berkomunikasi menggunakan radio telah disampaikan oleh Encik Timothy Kurin 9M6TK Setiausaha BARC.

Wednesday 16 October 2019

Sesi pengambaran rancangan khas Radio Television Malaysia (RTM)

15 Oktober 2019, - Wartawan daripada Radio Televisyen Malaysia telah hadir ke SK Likas untuk membuat liputan khas program menderma darah. Kesematan ini telah dimanfaatkan oleh kru Jurnalis Muda untuk mempelajari dan mengalami sendiri sesi pengambaran sebenar untuk tujuan siaran di televisyen. 

Saturday 12 October 2019

Bertugas di Program "School Run" SK Likas 2019

11 Oktober 2019, Jumaat - SK Likas telah mengadakan program larian "School Run" bersempena Bulan Sukan Negara yang bertempat di Taman Awam Teluk Likas. Program ini dijalankan bersempena sambutan Bulan Sukan Negara untuk tahun 2019. Seperti biasa, JM akan turut membantu pihak sekolah melancarkan perjalanan program ini disamping mendapatkan bahan untuk tujuan dokumentasi sekolah.

Friday 4 October 2019

Projek Keusahawanan - Pakej Gambar Studio Graduasi Prasekolah 2019


3 Oktober 2019, Khamis - Kru Jurnalis Muda telah menerima tempahan daripada Prasekolah SK Likas untuk mengambil gambar kenang-kenangan murid-murid prasekolah tahun akhir yang akan meningkat naik ke tahun satu pada tahun hadapan.

Sunday 29 September 2019

Junior Innovate Competition State Level 2019


28 September 2019, Sabtu - Jurnalis Muda SK Likas telah menghantar dua kumpulan ke pertandingan Inovasi peringkat negeri "Junior Innovate 2019" anjuran Chumbaka dan Hup Seng Group dangan usahasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertandingan ini telah diadakan di SJKC Anglo Chinese Kota KInabalu.

Saturday 14 September 2019

Membuat Liputan berita di Majlis Kemuncak Sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia Peringkat SK Likas.


13 September 2019, Jumaat - Crew Jurnalis Muda telah bertugas di Majlis Kemuncak Sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia Peringkat SK Likas dan melakukan liputan berita sambutan. Gimik pelancaran sambutan pada hari tersebut juga telah dicipta oleh JM Farisha Arora.

Tuesday 6 August 2019

Meluaskan Kemahiran Dalam Teknologi Robotik Dengan Mendalami Pengetahuan Penggunaan Arduino.

5 Ogos 2019, Isnin - Bermula hari ini satu lagi kemahiran baharu telah dimasukkan kedalam jadual latihan JM iaitu dalam bidang inovasi dan robotik. Untuk peringkat awal ini, ahli Jurnalis Muda didedahkan dengan penciptaan alatan elektronik dan pemprograman robot berasaskan platfom Urduino Uno. Antara projek pertama yang dicipta oleh pasukan ini ialah denga menyumbang hasil idea untuk gimik perasmian Bulan Kemerdekaan peringkat SK Likas.


Tuesday 2 July 2019

Perpustakaan Negeri Antara Lokasi Pilihan Perjumpaan Mingguan JM


Tahun ini, Perpustakaan Negeri Sabah menjadi pilihan salah satu lokasi untuk bermesyuarat ataupun lebih dikenali sebagai perjumpaan mingguan. Bukan sahaja lokasinya sesuai untuk berbincang dan merancang aktviti pasukan, dalam masa yang sama ahli JM juga dapat menambahkan pengetahuan dangan merujuk pelbagai jenis bahan yang terdapat di sana.

Friday 21 June 2019

JM di Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat SK Likas


21 Jun 2019, Jumaat - Sekolah Kebangsaan Likas telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Seperti tahun sebelumnya, ahli Jurnalis Muda (JM) samada yang lama dan baharu akan mengambil peluang ini untuk berkumpul semula disekolah ini sebagai sebuah keluarga untuk bersama-sama meraikan perayaan ini.

Monday 29 April 2019

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Jurnalis Muda 2019


29 April, Isnin - Pada hari ini, ahli Jawatankuasa Jurnalis Muda untuk Tahun 2019-2020 dengan rasminya dilantik untuk memikul tanggungjawab seperti yang telah diamanahkan. Disaksikan oleh semua guru dan murid sesi pagi di Dewan Bestari SK Likas. Majlis dimulakan dengan bacaan watikah, diikuti menandatangani menandatangani watikah perlantikan di hadapan Guru Besar dan diakhiri dengan bacaan Ikrar Jurnalis Muda di hadapan semua murid SK Likas.

Thursday 18 April 2019

Bertugas di Temasya Sukan dan Olahraga Tahap 1 SK Likas 2019


17 April, Rabu - Tugas diteruskan dengan membantu pihak sekolah di Temasya Sukan dan Olahraga untuk murid Tahap 1 yang diadakan di Padang Sekolah SK LIkas Kota Kinabalu.

Wednesday 17 April 2019

Bertugas di Temasya Sukan dan Olahraga SK Likas 2019


16 April, Selasa - JM bertugas di Temasya Sukan dan Olahraga SK Likas sebagai Photographer dan mengawal P.A System disamping membuat liputan berita dan temuramah berkaitan kejohanan yang sedang berlangsung. Kejohana kali ini berlangsung di Stadium Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.

Thursday 11 April 2019

Membantu di Sukaneka Prasekolah SK Likas 2019


Selain bertugas sebagai fotografi untuk tujuan dokumentasi program, ahli JM juga membantu pihak prasekolah untuk melancarkan lagi perjalanan program.

Sunday 7 April 2019

GOLD Kota Kinabalu Karate Open


7 April 2019 - JM Senior Nurafiqah Basir yang kini belajar di SMK Likas, Kota Kinabalu telah menjuarai kejohanan Karate Terbuka Kota Kinabalu yang telah diadakan di Dewan SMK Lok Yuk Likas. Tahniah diucapkan dan teruskan kejayaan anda!

Tuesday 5 March 2019

Kembali Berkhidmat di Sekolah Lama


JM yang telah bersekolah menengah telah kembali semula ke SK Likas untuk membantu pihak sekolah mengambil dan mencetak gambar ukuran passport untuk semua murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Perkhidmatan yang disediakan ini adalah untuk memudahkan murid supaya tidak perlu lagi menyediakan gambar untuk disertakan pada slip peperiksaan UPSR dan juga borang berhenti sekolah.