Saturday 24 November 2018

Projek Keusahawanan - Photo Booth Hari Anugerah Cemerlang SK Likas 2018

 Go to album

Sempena Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Pelajar Cemerlang 2018, Pasukan Jurnalis Muda SK Likas telah mengadakan Projek Keusahawanan Photo Booth Hari Anugerah untuk memeriahkan lagi sepanjang bulan sambutan tersebut. Projek keusahawanan ini telah diadakan bermula 10 sehingga 21 November. Antara projek yang dijalankan ialah Studio Graduasi, penjualan gambar-gambar penerimaan anugerah, gambar ukuran passport dan cendera kenangan sempena hari penganugerahan tersebut.


Friday 23 November 2018

Annual Dinner 2018 - SK Likas Tetap Menyengat! Rock Steady!


Sebagai aktiviti akhir tahun pasukan, ahli Jurnalis Muda telah menghadirkan diri ke Majlis Makan Malam Tahunan SK Likas untuk tahun 2018 yang telah diadakan di Promenade Hotel Kota Kinabalu. Bertemakan Rock Steady! ahli JM tidak ketinggalan memperagakan busana yang sesuai dengan tema malam itu. Selain dariapada meraikan kejayaan dan usaha guru dan kakitangan SK Likas, ahli JM juga dijemput kemajlis ini untuk menghargai sumbangan mereka kepada sekolah selama mana mereka telah berkhidmat kepada sekolah ini.

Saturday 27 October 2018

Bertugas di Majlis Penyampaian SIjil Prasekolah SK Likas 2018


27 Oktober 2018, Sabtu -  Seramai 5 orang Ahli JM telah diminta bertugas di Majlis Penyampaian Sijil Prasekolah SK Likas. Antara tugas yang dilakukan ialah mengambil gambar penerima sijil dan anugerah, menyedia dan mengawal alatan siar raya sepanjang majlis dan membantu guru mengurus perjalanan murid-murid yang menerima anugerah dan sijil.

Saturday 20 October 2018

Berkhidmat di World Scout Jamboree On The Air (JOTA) & Jamboree On The Internet (JOTI) Stesen Pengakap Daerah Inanam 2018


19 hingga 20 Oktober 2018, Pasukan Jurnalis Muda telah memberikan khidmat bantuan menyediakan kelengkapan dan kemahiran ICT untuk aktiviti Jambori di Internet (JOTI) sempena Jambori Pengakap Dunia di Udara (JOTA) dan di Internet (JOTI) yang diadakan di SM ST. Peter Telipok, yang merupakan antara stesen yang beroperasi serentak diseluruh dunia bermula 19 hingga 20 Oktober 2018. Aktiviti tahunan ini disambut oleh Pengakap Seluruh Dunia pada minggu kedua dalam bulan Oktober setiap tahun. Selain berkhidmat dan mengaplikasikan kemahiran dengan membimbing peserta perkhemahan dalam penggunaan alat ICT, ahli Pasukan Jurnalis Muda yang terlibat juga dapat meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi dengan rakan-rakan dipelbagai peringkat umur.

Tuesday 16 October 2018

Aktiviti JM Pasca UPSR - Kelas Membuat Donut




Hari ini aktiviti mengisi masa lapang ahli JM selepas UPSR ni ada kelainan sedikit, dimana Sir Huzaimi mengajar kami cara membuat dan memasak donut. Hasilnya memang sedap sekali!

Saturday 22 September 2018

Kunjungan daripada Super Senior JM (Bekas Ahli JM SK Likas)


Kunjungan daripada bekas ahli Jurnalis Muda (Super Senior JM) yang sudah bersekolah menengah menemui rakan-rakan JM yang lebih junior di Access Lounge SK Likas. Antara yang hadir (dari kanan) JM Anisa, JM Dk Nurainina, JM Nicholey dan JM Siti Noraisa.

Saturday 15 September 2018

Membuat Liputan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat SK Likas 2018

 Go to album

14 September 2018, Jumaat -  Pasukan Jurnalis Muda SKL telah membuat liputan dan temuramah bergambar dan video untuk dimuatkan kedalam lamanweb sekolah, sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2018 peringkat SK Likas Kota Kinabalu. Antara yang sempat ditemuramah ialah Guru Besar SK Likas, YDP PIBG SK Likas, beberapa orang wakil guru dan murid SK Likas.