Friday 13 July 2018

Kelas Tambahan UPSR BI khusus untuk ahli Jurnalis Muda Tahun 6

Guru Besar berkunjung ke Pusat Akses





Manfaatkan masa yang terluang, sambil bertugas di Pusat Akses sekolah, Ahli Jurnalis Muda tahun 6 yang bakal menduduki UPSR tahun ini telah disediakan kelas tambahan untuk matapelajaran Bahasa Inggeris setiap hari Selasa dan Khamis petang bermula 3 Julai yang lalu. Dibimbing oleh Cikgu Huzaimi dan Cikgu Norliza.

Friday 6 July 2018

Gelagat JM di Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah





5 Julai 2018, SK Likas telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Selain daripada bertugas dihari tersebut, ahli JM tidak ketinggalan juga memperagakan busana indah Hari Raya dan merayakan bersama semua warga SK Likas. Dapat duit raya lagi tu!

Friday 29 June 2018

Projek Keusahawanan - Kad Sifir




Membuat dan menjual Kad Sifir sebanyak 600 keping dibawah Program Celik Sifir Panitia Matematik.

Thursday 7 June 2018

Bertugas di Majlis Iftar & penyerahan bantuan anak yatim SK Likas


6 Jun 2018, Majlis Iftar dan Penyerahan bantuan anak yatim telah disempurnakan oleh YB Azhar Datuk Matussin.

Monday 14 May 2018

Majlis Menandatangani Watikah Perlantikan Jurnalis Muda 2018/2019





14 Mei 2018, setelah selesai menjalani tapisan dan ujian, pada hari ini ahli Jurnalis Muda untuk sesi 2018 dan 2019 telah pun melafazkan aku janji dan menandatangani Watikah Perlantikan disaksikan oleh semua guru dan rakan-rakan di perhimpunan rasmi sekolah.


Monday 12 February 2018

2018 (9-11 Februari) - Berkhidmat di Kem Keris Emas Pengakap Daerah Inanam

9 hingga 11 Februari 2018 - Empat orang ahli Jurnalis Muda telah dihantar untuk berkhidmat membantu didalam Perkhemahan Ujian Keris Emas Pengakap Daerah Inanam. Kem ini telah diadakan di SK Pengiran Siti Hafsah, Karambunai. JM membantu bahagian P.A System dan pendokumentasian.

Sunday 21 May 2017

Berkhidmat di Kem Perdana Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kota Kinabalu

20 Mei 2017, Sabtu - Pasukan Jurnalis Muda SK Likas berkhidmat dibawah Unit Media & Publisiti Pengakap Daerah Inanam, yang diadakan di SK Kepayan Kota Kinabalu pada 19 hingga 21 Mei 2017.




Sunday 9 April 2017

Berkhidmat di Mesyuarat Agung dan Hari Keluarga PIBG SK Likas 2017

8 April 2017, Sabtu - Ahli JM bertugas dibawah AJK Fotografi di Majlis Mesyuarat Agung dan Hari Keluarga PIBG SK Likas. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti sukaneka, pameran dan juga cabutan bertuah. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid, Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna.




Thursday 27 August 2015

Tempat Ketiga Pertandingan Video Iklan Pendek Peringkat Daerah Kota Kinabalu

27 Ogos 2015, Khamis - Pasukan Jurnalis Muda SK Likas telah diumumkan sebagai pemenang tempat Ketiga kategori Pertandingan Video Iklan Pendek Sekolah Rendah di Majlis Penutupan Karnival Bestari Daerah Kota Kinabalu untuk Tahun 2015. Majlis ini telah diadakan di Auditorium Kompleks Pentadbiran Persekutuan Negeri Sabah.

Monday 17 March 2014

Penyerahan Watikah Perlantikan Jurnalis Muda 2014

17 Mac 2014, Isnin - Pasukan Jurnalis Muda untuk tahun 2014 telah menerima Watikah Perlantikan secara rasminya di perhimpunan mingguan sekolah. Watikah telah disampaikan oleh Pn. Marianah Bt Mohd Yusuf Guru Besar SK Likas.

Sunday 20 October 2013

Latihan Jurnalis Muda Sempena Program 56th World JOTA / 17th World JOTI 2013 Stesen Persekutuan Pengakap Bahagian PBS Tahun 2013

18 hingga 20 Oktober 2013 - SK Likas telah menjadi tuan rumah Program 56th World Jamboree on The Air (JOTA)  / 17th World Jamboree on The Internet (JOTI) 2013 untuk Stesen Persekutuan Pengakap Bahagian Pantai Barat Selatan Sabah bagi tahun 2013. Seramai 210 orang peserta  (ahli Pengakap) daripada sekolah-sekolah Bahagian Pantai Barat Selatan hadir dan menyertai program selama 3 hari 2 malam ini.

Sehubungan dengan itu, Pasukan Jurnalis Muda SK Likas telah mengambil peluang ini melibatkan diri didalam program tersebut sebagai pendedahan dan latihan kepada ahlinya dalam bidang pendokumentasian, penggunaan teknologi maklumat serta komunikasi.