Monday 12 February 2018
2018 (9-11 Februari) - Berkhidmat di Kem Keris Emas Pengakap Daerah Inanam
Sunday 21 May 2017
Berkhidmat di Kem Perdana Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kota Kinabalu
Sunday 9 April 2017
Berkhidmat di Mesyuarat Agung dan Hari Keluarga PIBG SK Likas 2017
Thursday 27 August 2015
Tempat Ketiga Pertandingan Video Iklan Pendek Peringkat Daerah Kota Kinabalu
27 Ogos 2015, Khamis - Pasukan Jurnalis Muda SK Likas telah diumumkan sebagai pemenang tempat Ketiga kategori Pertandingan Video Iklan Pendek Sekolah Rendah di Majlis Penutupan Karnival Bestari Daerah Kota Kinabalu untuk Tahun 2015. Majlis ini telah diadakan di Auditorium Kompleks Pentadbiran Persekutuan Negeri Sabah.
Monday 17 March 2014
Penyerahan Watikah Perlantikan Jurnalis Muda 2014
17 Mac 2014, Isnin - Pasukan Jurnalis Muda untuk tahun 2014 telah menerima Watikah Perlantikan secara rasminya di perhimpunan mingguan sekolah. Watikah telah disampaikan oleh Pn. Marianah Bt Mohd Yusuf Guru Besar SK Likas.
Sunday 20 October 2013
Latihan Jurnalis Muda Sempena Program 56th World JOTA / 17th World JOTI 2013 Stesen Persekutuan Pengakap Bahagian PBS Tahun 2013
Sehubungan dengan itu, Pasukan Jurnalis Muda SK Likas telah mengambil peluang ini melibatkan diri didalam program tersebut sebagai pendedahan dan latihan kepada ahlinya dalam bidang pendokumentasian, penggunaan teknologi maklumat serta komunikasi.
Thursday 3 October 2013
Walk Gallery Sempena Seminar Inovasi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tahun 2013 dan Pemeran Virtual Learning Environment (VLE) 1Bestarinet.
Thursday 3 May 2012
Bengkel Penerbitan Filem Pendek Sesi 2
2 hingga 3 Mei, 2012 - Pihak PKG Kota Kinabalu dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah (BTPN Sabah) telah mengadakan bengkel tersebut bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para pendidik dan pelajar sekolah Daerah Kota Kinabalu.
Sehubungan dengan itu, sekolah telah menghantar 3 orang ahli Jurnalis Muda sekolah untuk menyertai bengkel tersebut.
Sunday 1 April 2012
JURNALIS MUDA di Kem Kepimpinan Pelajar 2012 - Permai d'Valley Ratau
30 Mac - 1 April 2012 - Kem Kepimpinan Pengawas SK Likas 2012 bertempat di Ratau Permai D'Village, Tebobon Kota Kinabalu. Perkhemahan Kepimpinan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah disertai oleh semua Pengawas Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas, Pengawas Pusat Sumber dan Pasukan Jurnalis Muda SK Likas.
Monday 13 February 2012
13 FEBRUARI 2012, Tarikh rasmi pasukan pertama Jurnalis Muda menerima watikah perlantikan.
13 Februari 2012, Isnin - Secara rasminya semua ahli Jurnalis Muda SK Likas untuk pasukan pertama ditubuhkan di sekolah ini telah menerima sijil watikah perlantikan sebagai Ahli Jurnalis Muda yang sah untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang bakal diberikan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn. Marianah Bt Mohd Yusuf, Guru Besar SK Likas di perhimpunan mingguan sekolah sempena Majlis penyampaian watikah perlantikan pemimpin-pemimpin cilik (pengawas) sekolah. Pasukan pertama ini terdiri daripada 7 orang murid yang telah dipilih dan telah mengkuti beberapa siri latihan dan pemilihan sebelum ini.