Thursday, 16 May 2024

Bertugas di Sambutan Hari Guru Peringkat SK Likas Tahun 2024.

 

16 Mei 2024 - Krew Jurnalis Muda SK Likas turut serta membantu persiapan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SK Likas 

Wednesday, 24 April 2024

JM jawatankuasa Siaraya dan pendokumentasian sepanjang Sukantara Sukan Tahunan SK Likas untuk Tahun 2024.

23- 24 April 2024 - Krew Jurnalis Muda menyediakan peralatan Siaraya serta membuat liputan sepanjang sukantara dijalankan selama 2 hari di Padang SK Likas.

 

Friday, 24 November 2023

Projek Keusahawanan JM - Class photoshooting

 

Mulai 22 hingga 24 November 2023 yang lalu, ahli Jurnalis Muda (JM) telahpun mengadakan sesi penggambaran untuk setiap kelas sesi pagi dan petang. Hasil penggambaran itu akan diproses dan dijual kepada rakan-rakan yang ingin mengabdikan kenangan bersama rakan sekelas. Hasil jualan itu akan dimasukkan ke dalam tabung Jurnalis Muda Sekolah dan juga sebahagiannya akan disumbangkan kepada tabung Kelab Staff sekolah.

Wednesday, 9 August 2023

Bertugas di Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2023 Peringkat SK Likas

 

9 Ogos 2023, Rabu - SK Likas mengadakan majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan menandakan pelbagai aktiviti yang akan mula dijalankan sepanjang bulan ini sebagai pengisian penghayatan kemerdekaan dan penerapan nilai patriotisme kepada semua warga SK Likas, khususnya murid-murid sekolah ini.

Friday, 21 July 2023

Sukantara dan Kejohan Sukan Tahunan SK Likas 2023


18-21 Julai 2023 - Pasukan Jurnalis Muda sekolah tidak ketinggalan membantu sepanjang berlangsungnya acara Sukantara dan Sukan Tahunan sekolah. Mereka membantu dalam bidang dokumentasi dan siaraya.

Thursday, 13 July 2023

JM turut membantu guru melancarkan perjalanan penyerahan KWAMP 2023

 

13 Julai 2023, Khamis - Psukan Jurnalis Muda SK Likas turut membantu melancarkan proses penyerahan wang bantuan KWAMP kepada ibu bapa yang hadir pada hari ini dengan membantu memandu ibu bapa ke lokasi penyerahan yang bertepatan.

Thursday, 25 May 2023

Membantu Guru PJPK menjalankan ujian SEGAK 2023

 

23-25 Mei 2023 - Beberapa orang ahli Jurnalis Muda turut membantu guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan menjalankan ujian SEGAK untuk murid Tahap 2.

Tuesday, 18 April 2023

Latihan Wawancara untuk Ahli Baharu JM

 

Latihan wawancara untuk ahli baharu Jurnalis Muda sekolah. Terima kasih kepada Tuan Guru Besar En Budhi Rahmad Suparno kerana memberi peluang dan sokongan kepada ahli-ahli baharu JM SK Likas.

Tuesday, 7 February 2023

Bertugas di Hari Graduasi Prasekolah SK Likas 2022/2023

 

7 Februari 2023, Selasa - JM membantu di Majlis Graduasi Prasekolah SK Likas Sesi 2022/2023



Monday, 30 January 2023

Sesi Photografi Kelas untuk Tahun 2022/2023

 


Seperti tahun sebelumnya, Jurnalis Muda masih lagi diamanahkan untuk melaksanakan sesi bergambar kelas tahunan untuk kelas sesi 2022/2023.

Monday, 31 October 2022

Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Sekolah dan Jurnalis Muda Yang berkhidmat di Perkhemahan JOTA JOTI 2022

 

31 Oktober 2022, Isnin - Sijil penghargaan daripada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) telah diserahkan kepada pihak sekolah kerana telah memberi peluang kepada 3 ahli Pasukan Jurnalis Muda SK Likas untuk membantu berkhidmat di Perkhemahan JOTA JOTI stesen Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sabah yang lalu.

Sunday, 16 October 2022

Pasukan Jurnalis Muda SK Likas berkolaborasi bersama Scout Journalist menjalankan pendokumentasian di JOTAJOTI Pengakap Stesen Negeri Sabah 2022.

 


Pada 14 higga 16 Oktober 2022, Perseketuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS) telah membuka stesen negeri untuk program Jambori Pengakap Dunia di Udara dan Internet yang bertempat di Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sabah, Rumah B.P. Sembulan Kota Kinabalu.



Friday, 14 October 2022

Bertugas di Majlis Penyerahan Lokar Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.


Majlis Penyerahan Lokar Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Disempurnakan oleh Tuan Haji Abidin Bin Marjan, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Sektor Pengurusan Sekolah pada 14 Oktober 2022. Majlis didakan di Dewan Bestari SK Likas Kota Kinabalu.



Tuesday, 22 February 2022

Projek Keusahawanan - Photo Booth MAPEC 2022

 

7 - 22 Februari 2022 - Setelah terhenti setahun disebabkan pendemik yang melanda dunia, tahun ini Kru JM berkesempatan untuk meneruskan projek keusahawanan tahunan iaitu dengan menyediakan perkhidmatan Photo Booth kepada murid yang ingin mengabadikan kenangan sempena Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang untuk tahun 2022.

Friday, 21 January 2022

Membantu Proses Penyerahan Baki Peranti Pintar Sempena Penyerahan BAP 2022

 

21 Januari 2022 - Ahli Jurnalis Muda sekolah turut membantu melancarkan proses pengagihan Peranti Pintar yang belum dituntut oleh ibu bapa. Pengagihan dilakukan sempena hari penyerahan Bantuan Awal Persekolah (BAP) untuk tahun 2022. Peranti Pintar sekolah diselaras oleh Ustaz Azri.