25 April 2025 - 4 kru Jurnalis Muda SKL telah menimba pengalaman dengan menyertai pertandingan Treasure Hunt bersempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa yang diadakan di Fakulti Perhutan Tropika Universiti Malaysia Sabah (UMS). Peserta telah didedahkan dengan pengetahuan asas jungle survival dan juga penelitian berkaitan alam flora dan fauna.
Friday, 25 April 2025
Wednesday, 23 April 2025
Latihan Fire Drill Fasa 1 Tahun 2025
23 April 2025 - Latihan Fire Drill fasa 1 telah diadakan hari di sekolah sebagai pendedahan awal dan ingatan kepada murid sekiranya berlaku kebakaran dan kecemasan di sekolah.
Friday, 11 April 2025
Majlis Sambutan Hari Raya Adilfitri Peringkat SK Likas
11 April 2025 - Majlis Sambutan Hari Raya Adilfitri peringkat SK Likas telah diadakan hari ini. Seperti kebiasaannya, kru Jurnalis Muda akan membantu melancarkan dan turut memeriahkan majlis.
Thursday, 16 January 2025
Penyampaian Anugerah Khas Perkhidmatan kepada ahli Jurnalis Muda Sesi 2024
16 Januari 2025, Khamis - Majlis khas telah diadakan untuk menghargai jasa dan perkhidmatan Ahli Jurnalis Muda SK Likas yang telah banyak menyumbang bakti kepada sekolah terutamanya dalam membantu kelancaran perjalanan sebarang majlis sepanjang tahun 2024. Anugerah telah disampaokan oleh Pn Junaidah Ismail, Guru Penolong Kanan Pentadbiran diiringi Pn Rahima Hudie Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
Thursday, 19 December 2024
Sunday, 8 December 2024
Majlis Makan Malam "Glamourious Movie Star"
8 Disember 2024, Ahad - Ahli Jurnalis Muda Tahun 6 telah ikut menyumbang dan menyertai Majlis Makan Malam Akhir Tahun Guru dan kakitangan SK likas, sebagai tanda penghargaan sumbangan ahli JM yang telah berkhidmat sepanjang tahun 2024 dan meupakan tahun terakhir berada di sekolah ini.
Friday, 4 October 2024
Ceramah Kerjaya Unit Bimbingan & Kaunseling Semperna Karnival Hem 2024 hari ke-5.
4 Oktober 2024, Jumaat - Bertugas sepanjang program Ceramah Kerjaya yang disampaikan oleh Guru Unit Bimbingan Kaunseling sempena Karnival HEM 2024.
Wednesday, 2 October 2024
Bertugas di hari Ke-3 Karnival HEM 2024
2 Oktober 2024, Rabu - Ahli Jurnalis Muda (JM) melakukan rakaman sepanjang aktiviti Fire-drill dengan kerjasama Ibu Pejabat Bomba Kota KInabalu sempena Karnival HEM yang telah berlansung selama 3 hari,
Tuesday, 1 October 2024
Bertugas di hari Ke-2 Karnival HEM 2024
1 Oktober 2024, Selasa - Ahli Jurnalis Muda (JM) berkhidmat membantu mengawal P.A System sepanjang program ceramah sempena Karnival HEM dihari kedua karnival. Penceramah-penceramah ini didatangani daripada pelbagai agensi luar antaranya PDRM dan AADK. Ahli JM juga turut mengambil peluang ini untuk menemu ramah pegawai-pegawai dan penceramah yang hadir.
Monday, 30 September 2024
Pelancaran Karnival HEM 2024
30 September 2024, Isnin - Selain menjalankan tugas mingguan diperhimpunan pagi Isnin, hari ini juga merupakan Pelancaran Karnival HEM dan merupakan hari pertama aktiviti Karnival HEM yang akan berlangsung selama seminggu untuk tahun 2024 ini. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah dibawah kendalian Unit HEM sepanjang minggu ini dan ahli Jurnalis Muda juga turut bersedia untuk membantu serta merakamkan momen-momen yang menarik sepanjang program ini berjalan.
Monday, 23 September 2024
Penyediaan Pusat Penilaian Kemasukkan Sekolah Khusus.
23 September 2024, Isnin - Ahli Jurnalis muda telah membantu guru yang bertugas sebagai Pegawai Pengawas Penilaian Kemasukkan Murid ke tingkatan 4 di sekolah-sekolah khusus. Antara khidmat bantu yang diberikan ialah melabel dan menampal notis-notis berkaitan serta menyediakan ruangan menunggu calon-calon yang menduduki penilaian. Penyediaan tempat juga turut diawasi oleh Guru Besar, Penolong Kanan HEM sderta Ketua Pengawas Penilaian Pusat SK Likas.
Thursday, 29 August 2024
Penyerahan Peranti PINTAR Kohort 1 Fasa 2
29 Ogos 2024, Khamis - Ahli Jurnalis Muda membantu guru memeriksa perkakasan peranti PINTAR supaya lengkap sebelum diserahkan kepada murid yang layak menerima kemudahan tablet PINTAR yang disumbangkan oleh Kementerian Pendidikan.
Monday, 24 June 2024
Menyelenggara Idiom Board untuk HIP Program di sekolah.
24 Jun 2024, Isnin - Membantu guru bahasa inggeris menyelenggara papan-papan tanda Idiom yang digantung di sepanjang koridor Blok Perdana sekolah. Papan Idiom ini mengalami sedikit kerosakan disebabkan angin kencang yang melanda kelmarin.
Membantu Unit HEM memasang Poster Info Grafik sekitar sekolah.
24 Jun 2024, Isnin - Beberapa orang ahli Jurnalis Muda turut menghulurkan tangan membantu Guru Penolong Kanan HEM memasang poster-poster Info Grafik daripada Unit HEM SK Likas.
Monday, 17 June 2024
Subscribe to:
Posts (Atom)