24 Jun 2024, Isnin - Beberapa orang ahli Jurnalis Muda turut menghulurkan tangan membantu Guru Penolong Kanan HEM memasang poster-poster Info Grafik daripada Unit HEM SK Likas.
23- 24 April 2024 - Krew Jurnalis Muda menyediakan peralatan Siaraya serta membuat liputan sepanjang sukantara dijalankan selama 2 hari di Padang SK Likas.
Latihan wawancara untuk ahli baharu Jurnalis Muda sekolah. Terima kasih kepada Tuan Guru Besar En Budhi Rahmad Suparno kerana memberi peluang dan sokongan kepada ahli-ahli baharu JM SK Likas.
31 Oktober 2022, Isnin - Sijil penghargaan daripada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) telah diserahkan kepada pihak sekolah kerana telah memberi peluang kepada 3 ahli Pasukan Jurnalis Muda SK Likas untuk membantu berkhidmat di Perkhemahan JOTA JOTI stesen Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sabah yang lalu.
Pada 14 higga 16 Oktober 2022, Perseketuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS) telah membuka stesen negeri untuk program Jambori Pengakap Dunia di Udara dan Internet yang bertempat di Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sabah, Rumah B.P. Sembulan Kota Kinabalu.