Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Thursday 3 May 2012

Bengkel Penerbitan Filem Pendek Sesi 2

2 hingga 3 Mei, 2012 - Pihak PKG Kota Kinabalu dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah (BTPN Sabah) telah mengadakan bengkel tersebut bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para pendidik dan pelajar sekolah Daerah Kota Kinabalu.

Sehubungan dengan itu, sekolah telah menghantar 3 orang ahli Jurnalis Muda sekolah untuk menyertai bengkel tersebut.

Sunday 1 April 2012

JURNALIS MUDA di Kem Kepimpinan Pelajar 2012 - Permai d'Valley Ratau

30 Mac - 1 April 2012 - Kem Kepimpinan Pengawas SK Likas 2012 bertempat di Ratau Permai D'Village, Tebobon Kota Kinabalu. Perkhemahan Kepimpinan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah disertai oleh semua Pengawas Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas, Pengawas Pusat Sumber dan Pasukan Jurnalis Muda SK Likas.