Friday, 11 July 2025

Tugas di Pelancaran Program STI 100 dan STEM in 30 Seconds Peringkat Kebangsaan

 

11 Julai 2025, Jumaat - JM membantu pihak sekolah memasang peralatan visual agar murid-murid dapat melihat eksperimen secara live pada skrin disediakan sempena Pelancaran Program STI 100 dan STEM Peringkat Kebangsaan.

Wednesday, 28 May 2025

Bertugas di Kejohanan Olahraga Sekolah kali ke-50

 

28 Mei 2025 - Dengan perlatan dan kepakaran yang ada, ahli Jurnalis Muda sekolah sekali lagi diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai ahlijawatankuasa PA System semasa Sukantara sehinggalah hari Kejohanan Olahraga Peringkat Sekolah kali yang ke-50.


JM Menyertai Kejohanan Olahraga SK Likas Tahun 2025 kali ke-50

 

28 Mei 2025 - Kejohanan Olahraga kali ke-50 telah diadakan di Padang SK Likas. Kru Jurnalis Muda tidak ketinggalan untuk menyertai acara padang dan olahraga. Tahniah kepada kru JM Fazllin kerana dinobatkan sebagai Olahragawati untuk kejohan kali ini.

Thursday, 22 May 2025

Membantu guru PJK mengendalikan ujian SEGAK fasa 1 2025

 

19 - 22 Mei 2025 - Ujian SEGAK telah diadakan untuk semua murid Tahap 2 dan Kru Jurnalis Muda mengambil peluang ini untuk berkhidmat membantu guru-guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan untuk menjalankan ujian SEGAK Fasa 1 untuk tahun 2025.

Friday, 16 May 2025

Bertugas di Sambutan Hari Guru Peringkat SK Likas


16 Mei 2025 - Kru Jurnalis Muda bertugas mengawal alat siar raya dan juga sebagai fotografer sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah untuk tahun 2025.

Wednesday, 30 April 2025

Latihan Membuat Liputan Berita

30 April 2025 - Perjumpaan dan Latihan Kru Jurnalis Muda hari ini tertumpu kepada latihan membuat latihan berita dengan topik persekitaran sekolah.

Bertugas di Sukantara Kejohanan Olahraga SK Likas 2025

 


29-30 April 2025 -Kru Jurnalis Muda SKL berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa PA System Sukantara Kejohanan Olahraga SK Likas untuk tahun 2025.

Friday, 25 April 2025

Menyertai Pertandingan Treasure Hunt Sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2025

25 April 2025 - 4 kru Jurnalis Muda SKL telah menimba pengalaman dengan menyertai pertandingan Treasure Hunt bersempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa yang diadakan di Fakulti Perhutan Tropika Universiti Malaysia Sabah (UMS). Peserta telah didedahkan dengan pengetahuan asas jungle survival dan juga penelitian berkaitan alam flora dan fauna.

Wednesday, 23 April 2025

Latihan Fire Drill Fasa 1 Tahun 2025

 


23 April 2025 - Latihan Fire Drill fasa 1 telah diadakan hari di sekolah sebagai pendedahan awal dan ingatan kepada murid sekiranya berlaku kebakaran dan kecemasan di sekolah.

Friday, 11 April 2025

Majlis Sambutan Hari Raya Adilfitri Peringkat SK Likas

 


11 April 2025 - Majlis Sambutan Hari Raya Adilfitri peringkat SK Likas telah diadakan hari ini. Seperti kebiasaannya, kru Jurnalis Muda akan membantu melancarkan dan turut memeriahkan majlis.

Thursday, 16 January 2025

Penyampaian Anugerah Khas Perkhidmatan kepada ahli Jurnalis Muda Sesi 2024

 



16 Januari 2025, Khamis - Majlis khas telah diadakan untuk menghargai jasa dan perkhidmatan Ahli Jurnalis Muda SK Likas yang telah banyak menyumbang bakti kepada sekolah terutamanya dalam membantu kelancaran perjalanan sebarang majlis sepanjang tahun 2024. Anugerah telah disampaokan oleh Pn Junaidah Ismail, Guru Penolong Kanan Pentadbiran diiringi Pn Rahima Hudie Guru Penolong Kanan Kokurikulum.