30 September 2024, Isnin - Selain menjalankan tugas mingguan diperhimpunan pagi Isnin, hari ini juga merupakan Pelancaran Karnival HEM dan merupakan hari pertama aktiviti Karnival HEM yang akan berlangsung selama seminggu untuk tahun 2024 ini. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah dibawah kendalian Unit HEM sepanjang minggu ini dan ahli Jurnalis Muda juga turut bersedia untuk membantu serta merakamkan momen-momen yang menarik sepanjang program ini berjalan.