Friday, 24 November 2023

Projek Keusahawanan JM - Class photoshooting

 

Mulai 22 hingga 24 November 2023 yang lalu, ahli Jurnalis Muda (JM) telahpun mengadakan sesi penggambaran untuk setiap kelas sesi pagi dan petang. Hasil penggambaran itu akan diproses dan dijual kepada rakan-rakan yang ingin mengabdikan kenangan bersama rakan sekelas. Hasil jualan itu akan dimasukkan ke dalam tabung Jurnalis Muda Sekolah dan juga sebahagiannya akan disumbangkan kepada tabung Kelab Staff sekolah.

Wednesday, 9 August 2023

Bertugas di Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2023 Peringkat SK Likas

 

9 Ogos 2023, Rabu - SK Likas mengadakan majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan menandakan pelbagai aktiviti yang akan mula dijalankan sepanjang bulan ini sebagai pengisian penghayatan kemerdekaan dan penerapan nilai patriotisme kepada semua warga SK Likas, khususnya murid-murid sekolah ini.

Friday, 21 July 2023

Sukantara dan Kejohan Sukan Tahunan SK Likas 2023


18-21 Julai 2023 - Pasukan Jurnalis Muda sekolah tidak ketinggalan membantu sepanjang berlangsungnya acara Sukantara dan Sukan Tahunan sekolah. Mereka membantu dalam bidang dokumentasi dan siaraya.

Thursday, 13 July 2023

JM turut membantu guru melancarkan perjalanan penyerahan KWAMP 2023

 

13 Julai 2023, Khamis - Psukan Jurnalis Muda SK Likas turut membantu melancarkan proses penyerahan wang bantuan KWAMP kepada ibu bapa yang hadir pada hari ini dengan membantu memandu ibu bapa ke lokasi penyerahan yang bertepatan.

Thursday, 25 May 2023

Membantu Guru PJPK menjalankan ujian SEGAK 2023

 

23-25 Mei 2023 - Beberapa orang ahli Jurnalis Muda turut membantu guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan menjalankan ujian SEGAK untuk murid Tahap 2.

Tuesday, 18 April 2023

Latihan Wawancara untuk Ahli Baharu JM

 

Latihan wawancara untuk ahli baharu Jurnalis Muda sekolah. Terima kasih kepada Tuan Guru Besar En Budhi Rahmad Suparno kerana memberi peluang dan sokongan kepada ahli-ahli baharu JM SK Likas.

Tuesday, 7 February 2023

Bertugas di Hari Graduasi Prasekolah SK Likas 2022/2023

 

7 Februari 2023, Selasa - JM membantu di Majlis Graduasi Prasekolah SK Likas Sesi 2022/2023



Monday, 30 January 2023

Sesi Photografi Kelas untuk Tahun 2022/2023

 


Seperti tahun sebelumnya, Jurnalis Muda masih lagi diamanahkan untuk melaksanakan sesi bergambar kelas tahunan untuk kelas sesi 2022/2023.