18 hingga 20 Oktober 2013 - SK Likas telah menjadi tuan rumah Program 56th World Jamboree on The Air (JOTA) / 17th World Jamboree on The Internet (JOTI) 2013 untuk Stesen Persekutuan Pengakap Bahagian Pantai Barat Selatan Sabah bagi tahun 2013. Seramai 210 orang peserta (ahli Pengakap) daripada sekolah-sekolah Bahagian Pantai Barat Selatan hadir dan menyertai program selama 3 hari 2 malam ini.
Sehubungan dengan itu, Pasukan Jurnalis Muda SK Likas telah mengambil peluang ini melibatkan diri didalam program tersebut sebagai pendedahan dan latihan kepada ahlinya dalam bidang pendokumentasian, penggunaan teknologi maklumat serta komunikasi.